Assalamualaikum dan Selamat Datang ke blog j-QAF SK Sg Kenyah. Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian blog ini. Terima Kasih

Monday, April 6, 2015

Festival Nasyid Sekolah KPM Daerah Serian 2015



Tahniah buat kumpulan Nasyid Nur Hikmah dari SK Sg Kenyah kerana telah memenangi tempat ke 3 dari pada sepuluh kumpulan yang mengambil bahagian dalam Pertandingan Nasyid Sekolah Rendah dan Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat Daerah Serian. Pertandingan ini telah berlangsung di SK Plaman Baki/Menaul pada 31 Mac yang lepas.

Berikut rakaman video persembahan kumpulan ini. Saksikan.


Sunday, October 5, 2014

SALAM AIDILADHA


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.


Wednesday, October 1, 2014

SOALAN PKSR 2 JAWI OKTOBER 2014

Soalan PKSR 2 JAWI OKTOBER 2014 boleh dimuat turun dengan menekan butang download dibawah...
ATAU


Sila minta password daripada admin.
Hubungi admin: jqafskskenyah@gmail.com

SOALAN PKSR 2 BAHASA ARAB OKTOBER 2014

Assalamualaikum. Soalan PKSR 2 BAHASA ARAB OKTOBER 2014 boleh dimuat turun dengan menekan butang download dibawah...
ATAU


Sila minta password daripada admin.
Hubungi admin: jqafskskenyah@gmail.com

Saturday, September 27, 2014

KEM BESTARI SOLAT FASA 4 TAHUN 2014





Model Kem Bestari Solat (KBS) adalah salah satu daripada program j-QAF dan wajib dilaksanakan sebanyak empat kali dalam setahun. Kem Bestari Solat adalah satu aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan, dan penghayatan.

Pada 27 September 2014, Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SK Sg Kenyah telah menjalankan kem ini untuk kali yang keempat. Kem bermula pada jam 7.30 pagi mengikut jadual yang telah diedarkan kepada setiap fasilitator. Kem kali ini disertai oleh 6 orang fasilitator yang mana terdiri daripada guru Pendidikan Islam dan j-QAF sekolah dibantu oleh seorang guru kafa dan dua orang fasilitator jemputan khas.


Murid- murid diajar daripada cara berwudhuk hinggalah kepada cara solat yang betul dan sempurna. Semoga dengan adanya kem seperti ini, murid - murid akan dapat melaksanakan solat dengan perlakuan yang betul untuk meraih pahala daripada Allah SWT.

Disini disertakan antara gambar- gambar sepanjang Kem Bestari Solat untuk kali ini....




Penerangan daripada fasilitator


Amali Wudhuk


Waktu rehat.. Fasi- fasi sedang menjamu selera


Soal jawab tentang solat


Amali solat secara individu sambil diperhatikan oleh murid- murid yang lain.


Ustaz Khairi sedang menjelaskan sesuatu


Semoga menjadi anak yang solehah.. InsyaAllah



Amali solat berjemaah

Ini merupakan kem yang terakhir untuk tahun 2014. Semoga bertemu lagi dalam kem yang akan datang pada tahun hadapan 2015.

Wednesday, September 10, 2014

AHLAN WASAHLAN



Ahlan wasahlan wamarhaban bikum......
Selamat datang kepada pengunjung- pengunjung yang budiman ke blog ini.
Semoga anda semua mendapat manfaat dari perkongsian blog ini.
Syukran.