Assalamualaikum dan Selamat Datang ke blog j-QAF SK Sg Kenyah. Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian blog ini. Terima Kasih

PROFIL SEKOLAH



SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sungai Kenyah dibangunkan pada tahun 1961. Bangunan pertama sekolah ini didirikan bersebelahan dengan sebatang sungai kecil yang bernama Sungai Kenyah. Nama SK Sungai Kenyah ini diberi oleh penduduk kampung berikutan kedudukan sekolah adalah di tebing sungai terbabit. Bangunan sekolah ini didirikan secara bergotong- royong oleh penduduk kampung.

Pada tahun 1973, Jalan Kuching - Serian telah dibina berdekatan dengan sekolah. Berikutan dengan pembinaan jalan raya tersebut, penduduk kampung telah mengambil inisiatif bagi membina rumah- rumah mereka berdekatan dengan jalan raya tersebut. Berikutan dengan dengan perpindahan masyarakat di sepanjang jalan raya terbabit, satu kampung baru telah diwujudkan dan diberi nama Kampung Lintang Baru. Pada tahun 1981, SK Sungai Kenyah telah dipindahkan ke tapak sekolah sekarang berikutan kewujudan kampung baru ini. Pembinaan sekolah di tapak baru ini dibina secara bergotong royong oleh penduduk Kampung Lintang Baru dan Kampung Sg. Barie. 

Pada tahun 1977, pihak sekolah telah mendapat peruntukan sebanyak RM38 725 bagi membina bangunan sekolah dengan tujuh bilik darjah. Pembinaan sekolah ini melibatkan ahli- ahli PIBG dan 60 orang tentera dari Batalion Askar Melayu Diraja di bawah Program Tentera Masuk Desa. hasilnya wujudlah bangunan sekolah yang ada sekarang serta satu kelas untuk KEMAS. 

Dari segi statisktik kaum, 82% murid sekolah ini adalah terdiri daripada kaum Melayu dan bakinya merupakan murid dari kaum Iban dan Bidayuh. Majoriti murid- murid sekolah ini terdiri daripada anak- anak petani kerana sumber ekonomi utama penduduk di sini adalah melalui pertanian.


VISI 

Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera

MISI

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.



No comments:

Post a Comment