Assalamualaikum dan Selamat Datang ke blog j-QAF SK Sg Kenyah. Semoga anda mendapat manfaat daripada perkongsian blog ini. Terima Kasih

Friday, August 29, 2014

MAJLIS SOLAT HAJAT UPSR

MAJLIS SOLAT HAJAT untuk murid - murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada 9 - 11 September 2014. Majlis bermula dengan solat Maghrib secara berjemaah dan diteruskan dengan bacaan Yaasin yang dipimpin oleh Ustaz Amadi Bin Wagio. 

Sejurus selepas bacaan yaasin, solat hajat diadakan. Selesai solat hajat, majlis diteruskan lagi dengan ucapan Guru Besar SK Sungai Kenyah Cikgu Tomi Bin Hj Bakar dan diakhiri dengan solat Isyak berjemaah serta jamuan.

Terima kasih di atas kehadiran ibubapa dan guru- guru. Diharapkan semoga murid- murid tahun 6 SK Sungai Kenyah berjaya dalam UPSR yang akan datang.

Wednesday, August 27, 2014

PERTANDINGAN TEKA SILANGKATA PENDIDIKAN ISLAM DAN JAWI ANTARA RUMAH SUKAN


27 OGOS 2014 - Pertandingan menjawab teka silangkata dan jawi ini dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Objektif pertandingan ini adalah:

  1. Menguji pengetahuan dan kefahaman murid- murid dalam ilmu Pendidikan Islam.
  2. Mengalakkan murid- murid berfikir untuk mencari jawapan yang sesuai seperti yang dikehendaki.
  3. Membentuk murid- murid supaya sentiasa menimba ilmu-ilmu agama dalam kehidupan walau dimana berada.
  4. Memartabatkan tulisan jawi di Malaysia.
Disamping itu juga, kedudukan dalam pertandingan ini akan diberi mata untuk rumah sukan masing- masing dan markahnya akan ditambah dengan acara sukan lain. Pertandingan ini dapat mewujudkan persaingan yang sihat antara murid kerana disamping mereka mengejar markah untuk sukan, mereka juga dapat mempertingkatkan pengetahuan mereka dalam ilmu Pendidikan Islam.




Sunday, August 17, 2014

KEM BESTARI SOLAT FASA III 2014


Kem Bestari Solat Fasa III 

Kem Bestari Solat kali ke 3 telah dilangsungkan pada 16 Ogos 2014 yang lepas. Kem ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SK Sungai Kenyah. Kem Bestari Solat ini dilaksanakan untuk memastikan pelajar dapat mengetahui dan mengaplikasikan cara menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perlakuan. Guru- guru Pendidikan Islam, j-QAF dan KAFA terlibat dalam menjayakan kem ini. Semoga murid- murid SKSK dapat mengamalkan ilmu yang diajar di dalam kem ini. Insha Allah.