27 OGOS 2014 - Pertandingan menjawab teka
silangkata dan jawi ini dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab. Objektif pertandingan ini adalah:
- Menguji
pengetahuan dan kefahaman murid- murid dalam ilmu Pendidikan Islam.
- Mengalakkan murid- murid berfikir
untuk mencari jawapan yang sesuai seperti yang dikehendaki.
- Membentuk murid- murid supaya sentiasa menimba ilmu-ilmu agama dalam kehidupan walau dimana berada.
- Memartabatkan tulisan jawi di Malaysia.
Disamping itu juga, kedudukan dalam pertandingan ini akan diberi mata untuk rumah sukan masing- masing dan markahnya akan ditambah dengan acara sukan lain. Pertandingan ini dapat mewujudkan persaingan yang sihat antara murid kerana disamping mereka
mengejar markah untuk sukan, mereka juga dapat mempertingkatkan pengetahuan
mereka dalam ilmu Pendidikan Islam.
No comments:
Post a Comment